Tambhan pulak aku dh terbaca tentang brg ribawi iaitu emas,perak,gandum,barli,tamar dan garam. Dari pemahaman yg dilakukan ialah, brgan ribawi ni brg yg jual beli nya mesti dilakukan dgn secara fizikal dan kalo pertukaran berlaku antara emas dan emas, tukaran itu mesti tepat iaitu emas 10 grm mesti ditukar dgn emas 10 grm. Jika berlainan jenis seperti emas ditukar dgn gandum barulah jumlah nya boleh berbeza seperti 10 gram emas dgn 1 kg gandum. Dan pertukran brgnan ribawi ini mesti berlaku pd masa itu ,tiada penangguhan untuk penyerahan dan jual beli nya tidak boleh secara hutang.
Tapi mcm mn pulak dgn pelaburan emas yg secara online?
Dari pemahaman bahwa emas yg ingin dibeli itu mesti ada secara fizikal sewaktu proses akad jual beli dan pembeli boleh membawa emas itu balik tanpa halangan dan kerumitan serta penjual mesti mempunyai emas itu dlm pemilikan nya secra fizikal ianya sudah terang bahwa proses jual beli emas sebegini melanggari syarat brgn ribawi.
Berikut adalah ketetapan majlis fatwa kebangsaan mengenai pelaburan emas.
1)Syarat Umum Jual Beli
1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.
Barang Belian (al-Muthman)
4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.
5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:
i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.
ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.
iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.
Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi
10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:
i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.
ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.
Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.
Selepas bacaan tentang hukum haram n halal nya, aku teringin plak nak cek tentang sah atau tidak 1 skim emas online iaitu vgmc ni dgn suruhanjaya sekuriti.
Didapati bahawa syarikat ini beroperasi secara haram di malaysia ini. Sebab kalo mana2 individu n syarikat nak kutip duit untuk dibuat pelaburan dimalaysia ni mereka ni mesti berdaftar dgn SC dahulu dan mereka ni sebenar nya dah diletakkan bawah pengawasan SC, so kalo sesapa didapati promote bende ni n terima duit utk wat bende ni mereka ni boleh kene dakwa n bahaya paling tinggi ialah semua pelburan orang ramai ini akan hilang. Contoh terbaik swisscash.
Aku nye pendapat plak kalo kite ni org Islam xyah la melabur dlm bende ni, melabur je emas mcm kuwait finance house buat tu senang dan xpayah pening2 dgn halal haram psl KFH punye pelaburan disahkan halal. Pas tu jgn promote la bende2 ni psal takut xlarat nak tanggung dosa org lain yg korang ajak main riba ni.
Kat sini aku tgglkan tafsir ayat al quran tentang riba n balasan yg menanti di akhirat kelak. ingat kalo arak n babi tau haram, riba pun sama jugak.
- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”
( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 )
- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “
No comments:
Post a Comment